Monday, December 21, 2015
Epilog
Semasa aku belajar, aku mempunyai kisah silam dalam pelajaranku. Waktu itu aku di tingkatan lima sebelum peperiksaan percubaan sijil pelajaran malaysia. Sebelum peperiksaan percubaan, aku menduduki peperiksaan pertengahan tahun. Pada masa itu aku tidak pernah belajar mahupun suka bertanya guru jikalau aku tidak faham. Semasa aku menduduki peperiksaan tersebut, fikiranku kosong dan aku menghantar jawapan tersebut hanya terjawab tiga daripada lapan soalan. Setelah keputusan peperiksaan pertengahan keluar, aku sangat kecewa dengan diriku sendiri kerana aku telah memeperolehi keputusan yang gagal dalam tiga subjek. Apabila aku pulang ke rumah, ibu bapaku menanyakan keputusan tersebut dan aku menghulurkan kepada mereka tanpa sepatah kata pun yang keluar dari mulutku. Dari riak muka mereka setelah melihat keputusanku yang teruk, aku dapati yang mereka sangat kecewa dengan aku. Pada masa itu, aku malu nak berhadapan dengan mereka, tetapi aku buang rasa tersebut dan beranikan diri bercakap dengan mereka. Daripada saat itu juga aku minta maaf dan mohon ampun daripada mereka dan aku berjanji akan memberi mereka keputusan yang terbaik untuk mereka di final nanti. Kisah silam tersebut aku akan ingat sampai mati untuk memberi semangat kepada diriku sendiri. Aku berjanji dengan diriku, aku akan menjadi anak yang dapat memberi kebahagian kepada ibubapaku.
Saturday, December 19, 2015
The Return Of Superman
Assalamualaikum w.b.t and hye guys,
Hari ni aku nak kongsi sedikit cerita kegemaran aku kat korang. Sapa tahu pasal cerita tu? Sebenarnya bukan cerita tapi sekadar hiburan untuk semua. Mesti korang pun ada yang suka atau pernah tengok siaran tu kan ? Hiburan tu dari Korea tajaan KBS. Mesti korang ingat aku suka k-pop kan ? haha tak lah. Aku tak suka pun k-pop ni tetapi kalau hiburan macam tu aku suka la. Lagi satu hiburan korea yang aku suka ialah siaran Running Man. Mesti ramai yang suka kan? Tapi banyak perbezaan dengan the return of superman ni. Hiburan ni mengisahkan seorang bapa yang terpaks menjaga anak-anaknya dalam masa 48 jam tanpa ibu mereka.
Dalam cerita ni, ada 5 orang artis yang terpaksa menjaga anak-anak mereka tanpa isteri mereka. Apa yang aku kagum dalam cerita ni ialah bapa budak-budak tu kena jaga mereka dimana mereka masih kecil dan tak boleh buat apa-apa tanpa sebarang pertolongan. Sikap kebapaan mereka jelas ditunjuk dalam siaran tersebut dengan cara layanan mereka terhadap anak-anaknya. And satu lagi apa yang suka dalam siaran tersebut ialah aku suka tengok gelagat si kecil-si kecil tu sebab diorang semua cute. Geram pulak aku tengok. Nanti kalau korang rasa nak tahu pasal cerita ni, tengok la kat youtube ea, k la sampai sini je kot. Thanks guys.
Sekian,

Subscribe to:
Comments (Atom)