Monday, December 21, 2015

Epilog

Semasa aku belajar, aku mempunyai kisah silam dalam pelajaranku. Waktu itu aku di tingkatan lima sebelum peperiksaan percubaan sijil pelajaran malaysia. Sebelum peperiksaan percubaan, aku menduduki peperiksaan pertengahan tahun. Pada masa itu aku tidak pernah belajar mahupun suka bertanya guru jikalau aku tidak faham. Semasa aku menduduki peperiksaan tersebut, fikiranku kosong dan aku menghantar jawapan tersebut hanya terjawab tiga daripada lapan soalan. Setelah keputusan peperiksaan pertengahan keluar, aku sangat kecewa dengan diriku sendiri kerana aku telah memeperolehi keputusan yang gagal dalam tiga subjek. Apabila aku pulang ke rumah, ibu bapaku menanyakan keputusan tersebut dan aku menghulurkan kepada mereka tanpa sepatah kata pun yang keluar dari mulutku. Dari riak muka mereka setelah melihat keputusanku yang teruk, aku dapati yang mereka sangat kecewa dengan aku. Pada masa itu, aku malu nak berhadapan dengan mereka, tetapi aku buang rasa tersebut dan beranikan diri bercakap dengan mereka. Daripada saat itu juga aku minta maaf dan mohon ampun daripada mereka dan aku berjanji akan memberi mereka keputusan yang terbaik untuk mereka di final nanti. Kisah silam tersebut aku akan ingat sampai mati untuk memberi semangat kepada diriku sendiri. Aku berjanji dengan diriku, aku akan menjadi anak yang dapat memberi kebahagian kepada ibubapaku.

No comments:

Post a Comment