Monday, December 14, 2015
Prolog (keluargaku)
Dunia ini seakan milik aku. Aku dilahirkan dari keluarga yang bahagia dan harmoni tanpa. Aku seorang anak sulung. Dari aku lahir dan sebelum aku lahir lagi aku dianugerahkan seorang ayah yang sangat penyayang dan bertanggungjawab ke atas keluargaku. Ayahku sebelumnya hanyalah jurujual kecil-kecilan tetapi sekarang aku bangga dengan usaha dan semangatnya yang tinggi sehingga menjadikan beliau seorang ahli perniagaan yang boleh dikatakan berjaya. Aku juga dianugerahkan seorang ibu yang sangat penyayang dan sentiasa mengambil berat pasal anak-anaknya. Aku meanggilnya dengan gelaran 'umi'. Umi lah yang selalu menjaga makan minum kami sekelluarga tanpa mengeluh sedikit pun. Aku bangga dengan umiku kerana mampu menampung semua keinginan anak-anaknya dengan bantuan ayahku. Setelah aku berumur 4 tahun, aku dianugerahkan seorang adik perempuan yang diberi nama Atiqah dan hubunganku dengan dia sampai sekarang sangat rapat. Selepas 3tahun berlalu adikku yang ketiga pula lahir dan diberi nama Syazana dan akhir sekali adik lelakiku yang diberi nama Luqman. Aku bersyukur dengan adanya keluargaku aku rasa hidup aku sempurna dan bahagia.Dengan adanya mereka juga aku sentiasa bersemangat meneruskan pelajaranku ke menara gading. Aku juga bersyukur dianugerahkan ibu-bapa yang sangat menyayangi kami sepenuhnya dan aku berjanji suatu hari nanti aku akan membalas jasa mereka.
Labels:
Tema
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment