Monday, November 16, 2015

apa itu persahabatan ?

Assalamualaikum w.b.t and hai guys,

Hari ini aku nak membahas tentang persahabatan sedikit sebanyak. Korang semua mesti tahu kan apa maksud sahabat? and korang semua pun mempunyai sahabat masing-masing tak kira la berbeza agama atau kaum, ataupun sahabat baru atau lama. Tapi kan bagi aku la nak cari seorang sahabat yang betul-betul sentiasa ada dengan kita even kita senang atau susah ni payah sikit kan. Dalam masa yang sama jugak, even sahabat tu hanya ada waktu kita senang pun dia berguna jugak dalam sebahagian hidup kita, tapi kalau boleh carilah sahabat yang sentiasa ada bersama kita.

Bagi aku sahabat adalah harta yang paling berharga dalam hidup selain daripada keluarga. Dengan adanya sahabat setiap pekerjaan atau apa sekalipun akan menjadi ringan dengan bantuan mereka. Mereka juga ada sebahagian yang sanggup kongsi kebahagian mereka dengan kita. Itulah dinamakan sahabat sejati. Aku ada ramai sahabat iaitu sahabat dari sekolah rendah till dekat ipta. But sahabat sejati aku hanya ada beberapa orang saja. Mereka lah yang selalu menolong aku ketika dalam kesusahan, and even kitorang gaduh pun kitorang akan saling memaafkan. Sahabat sejati susah dicari, dalam sejuta mungkin ada 2 3 orang je. 

So, nasihat aku pandai-pandailah mencari sahabat sejati ye.
Sampai sini je la , thanks guys.
Sekian.

No comments:

Post a Comment