Assalamualaikum w.b.t and hai korang,
Hari ni tajuk yang aku nak cerita pasal korang ialah makanan. Makanan ni sesuatu yang wajib dalam hidup kita kan. And makanan ni ada macam-macam jenis kan, berbeza rasa, warna, and kebanyakan makanan berbeza di sesebuah negeri berbeza. Apa yang aku boleh nampak and kenal pasal makanan ni just makanan Malaysia jela, makanan luar negara aku tak pernah la pulak makan atau rasa , so, aku tak boleh cakap pasal makanan luar negara.
Okay, makanan kegemaran aku ialah nasi ulam, bukan nasi tu makan dengan ulam je, tu just nama bagi nasi tu. Tetapi main point kat menu tu adalah ulam. Kenapa aku suka ulam? Mungkin sebab aku orang Kelantan then dibesarkan di kampung dan mungkin juga sebab dari kecil aku diajar makan makanan yang ada ulam. Kalau kat Kelantan, korang pun tahu nasi kerabu yang terkenal kat sini. And kalau korang nak makan nasi ulam yang best pergilah Restoran Nasi Ulam Ummi kat Salor, Kota Bharu. Kat situ macam-macam ulam korang boleh makan.
Then, makanan kegemaran aku yang kedua ialah laksam@laksa kuah lemak kelantan, korang pernah makan tak? Kalau korang pergi kelantan,jarang la dapat beli laksam pinang, ada laksa lemak kelantan je. Best sangat nanti korang try eh.
Ok lah setakat ni jela kot, and last sekali budu ialah favourite aku, kalau nak makan nasi mesti kena ada budu, tapi sekarang dah dekat sebulan aku tak makan budu sebab tak boleh cuti lagi,,huhuhu
Okay la guys, thanks,
Sekian.
No comments:
Post a Comment