Monday, December 21, 2015
Epilog
Semasa aku belajar, aku mempunyai kisah silam dalam pelajaranku. Waktu itu aku di tingkatan lima sebelum peperiksaan percubaan sijil pelajaran malaysia. Sebelum peperiksaan percubaan, aku menduduki peperiksaan pertengahan tahun. Pada masa itu aku tidak pernah belajar mahupun suka bertanya guru jikalau aku tidak faham. Semasa aku menduduki peperiksaan tersebut, fikiranku kosong dan aku menghantar jawapan tersebut hanya terjawab tiga daripada lapan soalan. Setelah keputusan peperiksaan pertengahan keluar, aku sangat kecewa dengan diriku sendiri kerana aku telah memeperolehi keputusan yang gagal dalam tiga subjek. Apabila aku pulang ke rumah, ibu bapaku menanyakan keputusan tersebut dan aku menghulurkan kepada mereka tanpa sepatah kata pun yang keluar dari mulutku. Dari riak muka mereka setelah melihat keputusanku yang teruk, aku dapati yang mereka sangat kecewa dengan aku. Pada masa itu, aku malu nak berhadapan dengan mereka, tetapi aku buang rasa tersebut dan beranikan diri bercakap dengan mereka. Daripada saat itu juga aku minta maaf dan mohon ampun daripada mereka dan aku berjanji akan memberi mereka keputusan yang terbaik untuk mereka di final nanti. Kisah silam tersebut aku akan ingat sampai mati untuk memberi semangat kepada diriku sendiri. Aku berjanji dengan diriku, aku akan menjadi anak yang dapat memberi kebahagian kepada ibubapaku.
Saturday, December 19, 2015
The Return Of Superman
Assalamualaikum w.b.t and hye guys,
Hari ni aku nak kongsi sedikit cerita kegemaran aku kat korang. Sapa tahu pasal cerita tu? Sebenarnya bukan cerita tapi sekadar hiburan untuk semua. Mesti korang pun ada yang suka atau pernah tengok siaran tu kan ? Hiburan tu dari Korea tajaan KBS. Mesti korang ingat aku suka k-pop kan ? haha tak lah. Aku tak suka pun k-pop ni tetapi kalau hiburan macam tu aku suka la. Lagi satu hiburan korea yang aku suka ialah siaran Running Man. Mesti ramai yang suka kan? Tapi banyak perbezaan dengan the return of superman ni. Hiburan ni mengisahkan seorang bapa yang terpaks menjaga anak-anaknya dalam masa 48 jam tanpa ibu mereka.
Dalam cerita ni, ada 5 orang artis yang terpaksa menjaga anak-anak mereka tanpa isteri mereka. Apa yang aku kagum dalam cerita ni ialah bapa budak-budak tu kena jaga mereka dimana mereka masih kecil dan tak boleh buat apa-apa tanpa sebarang pertolongan. Sikap kebapaan mereka jelas ditunjuk dalam siaran tersebut dengan cara layanan mereka terhadap anak-anaknya. And satu lagi apa yang suka dalam siaran tersebut ialah aku suka tengok gelagat si kecil-si kecil tu sebab diorang semua cute. Geram pulak aku tengok. Nanti kalau korang rasa nak tahu pasal cerita ni, tengok la kat youtube ea, k la sampai sini je kot. Thanks guys.
Sekian,

Monday, December 14, 2015
Prolog (keluargaku)
Dunia ini seakan milik aku. Aku dilahirkan dari keluarga yang bahagia dan harmoni tanpa. Aku seorang anak sulung. Dari aku lahir dan sebelum aku lahir lagi aku dianugerahkan seorang ayah yang sangat penyayang dan bertanggungjawab ke atas keluargaku. Ayahku sebelumnya hanyalah jurujual kecil-kecilan tetapi sekarang aku bangga dengan usaha dan semangatnya yang tinggi sehingga menjadikan beliau seorang ahli perniagaan yang boleh dikatakan berjaya. Aku juga dianugerahkan seorang ibu yang sangat penyayang dan sentiasa mengambil berat pasal anak-anaknya. Aku meanggilnya dengan gelaran 'umi'. Umi lah yang selalu menjaga makan minum kami sekelluarga tanpa mengeluh sedikit pun. Aku bangga dengan umiku kerana mampu menampung semua keinginan anak-anaknya dengan bantuan ayahku. Setelah aku berumur 4 tahun, aku dianugerahkan seorang adik perempuan yang diberi nama Atiqah dan hubunganku dengan dia sampai sekarang sangat rapat. Selepas 3tahun berlalu adikku yang ketiga pula lahir dan diberi nama Syazana dan akhir sekali adik lelakiku yang diberi nama Luqman. Aku bersyukur dengan adanya keluargaku aku rasa hidup aku sempurna dan bahagia.Dengan adanya mereka juga aku sentiasa bersemangat meneruskan pelajaranku ke menara gading. Aku juga bersyukur dianugerahkan ibu-bapa yang sangat menyayangi kami sepenuhnya dan aku berjanji suatu hari nanti aku akan membalas jasa mereka.
Piala Malaysia
Assalamualaikum w.b.t and hye guys,
Today, aku nak kongsi kat korang pasal piala malaysia 2015 ni. Korang semua mesti tengok kan perlawanan piala malaysia itu. Aku orang Kelantan tapi nak buat macam mana kelantan tak ada rezeki sampai final and semi final pun tak lepas,hahaha malu nya. Tapi tak apa la at least pernah la menang piala malaysia and piala lain pun, by the way aku bangga jadi anak jati kelantan.
Berkenaan Piala Malaysia 2015 iaitu antara Selangor dengan Kedah ni aku sokong Selangor and tak sangka pulak Selangor menang. Sebelum perlawanan bola tu bermula aku ada buat perjanjian dengan sepupu aku, kalau kedah menang,aku kena belanja dia kasut and kalau selangor menang dia kena belanja aku gelang. Nak dijadikan cerita, tuah berpihak kepada aku and rezeki aku kali ni. hahaha, Kitorang bukan buat pertaruhan tau tapi just suka-suka sebagai ahli keluarga. Aku sokong Selangor sebab sekarang aku belajar kat selangor tak kan la nak sokong kedah nun jauh disana pulak. Then, sepupu aku pulak sokong kedah sebab dia study kat UUM kedah.
Aku memang dari dulu lagi suka tengok orang main bola lebih-lebih lagi melibatkan negeri kita sendiri kalah lelaki, Kalau kat kelantan tiap kali ada perlawanan aku pergi tengok secara live kat stadium. Akhir kata, tahniah kepada Selangor sebab berjaya menewaskan Kedah dengan keputusan 2-0.
Sekian.
Sunday, December 6, 2015
Apa itu teknologi maklumat?
Hai guys,
Apa yang korang tahu pasal teknologi maklumat? Mesti korang tahu banyak kan? Sebab teknologi maklumat ni tanpa kita sedar, kita menggunakannya setiap hari. Daripada pengetahuan aku, teknologi maklumat ni ialah satu kaedah atau cara yang digunakan untuk mencari,menyebar dan memaparkan maklumat mengenai sesuatu perkara atau peristiwa.
Seperti yang korang tahu, teknologi maklumat ni ialah tertumpu pada internet atau komputer je kan? Tetapi berdasarkan pemerhatian aku, teknologi maklumat juga tertumpu kepada telefon, televisyen, fax, telegram and banyak lagi la. Nanti korang search google sendiri eh contoh-contoh teknologi maklumat ni. Apa yang aku tahu dalam teknologi maklumat ni, aku menggunakannya setiap kali aku buka laptop and guna internet. Bagi aku itu semua teknologi maklumat. Memang setiap hari aku menggunanya. Banyak lagi yang aku tahu pasal teknologi maklumat ni tapi aku tak pandai nak huraikan kat sini. Nanti korang search sendiri eh pasal teknologi maklumat ni sebab ia berguna dalam kehidupan seharian kita. Setakat ni je kot. thank guys.
sekian.
Saturday, December 5, 2015
SANDAL NIPIS KECIL
Assalamualaikum w.b.t and hai guys,
Kali ni aku nak cerita pasal kenangan lama sikit kat korang. Kenapa aku buat tajuk ni ? Sebab tema minggu ni aku kena guna akronim nama aku and nama aku kan bermula dengan huruf S,N,K so, sebab tu aku pilih tajuk itu nak kali ni. Susah kot nak cari tajuk pasal akronim nama aku. Okay, apa korang faham pasal tajuk aku ni ? hahaha gurau je, aku je yang faham pasal tajuk itu. So, aku cerita kat korang okay.
Masa aku umur 13 tahun yakni tingkatan 1, aku rapat dengan sepupu aku yang rumahnya berdekatan dengan rumah aku. Aku dengan dia macam adik beradik tau. So, time cuti sekolah dia and family dia pergi bercuti ke Paris dalam masa seminggu and time tu aku kesunyian la, ecececeh pandai sunyi-sunyi, hahaha. Sebelum dia nak pergi bercuti tu, dia ada tanya aku, ada nak apa-apa ke? then,aku jawab la beli la apa-apa pun. Nak dijadikan cerita, dia belikan aku sandal. Tapi...... nak tahu tak, sandal tu punya la nipis and kecil. Dia bukannya nak tanya dulu saiz kaki aku ke apa. Tapi aku tak cakap la semua tu kat dia, aku just cakap tak muat je. Bila aku tanya harga, terkejut la jugak harga dia tak semurah nipis and kecil sandal tu. Mahal bro! Apa-apa pun, sandal nipis kecil tu aku simpan dalam almari aku and tak pernah pakai pun, aku nak share gambar pun kat korang pun gambar tak ada, nanti la ek. Sandal nipis kecil tu lambang persahatan kami.
Sampai situ je kot, sekian.

Subscribe to:
Comments (Atom)