Monday, October 26, 2015

boros

Assalamualaikum w.b.t and hai guys,

Tajuk aku hari ni ialah boros. Korang mesti tahu kan apa maksud boros tu? And ada jugak sesetengah daripada korang yang mempunyai sifat boros kan. Aku nak cerita la dekat korang semua pasal keborosan aku.

First at all, aku mengaku yang aku memang seorang yang pemboros sebab aku tak boleh pegang duit banyak-banyak sebab duit bagi aku akan rasa nak je guna duit tu untuk beli sesuatu yang aku inginkan walaupun benda tu mahal. Aku juga seorang yang kaki shopping, tak boleh masuk mall, ada je benda yang aku nak beli. And aku kalau inginkan sesuatu aku akan dapatkan juga walau bagaimana cara sekalipun.

Tapi sekarang sifat boros aku dah kurang sedikit sebab aku control supaya tak membazir sangat. Hal ini kerana aku sekarang seorang student dan berjauhan daripada keluarga and aku juga terpaksa menggunakan duit aku sendiri untuk membeli sesuatu aku nak, so, aku dah belajar untuk control keinginan aku terhadap sesuatu barang tu dan aku juga kawal duit aku daripada mengalir keluar terus. Tetapi, sifat boros dalam diri aku tak pernah hilang pun sebab aku still membazir dalam tak sedar walaupun aku dah control diri aku. setakat nni jela apa yang aku nak kongsi dekat korang.
thanks guys ,
Sekian.

SESAL

Assalamualaikum w.b.t and hai semua,

Hari ni aku nak ceritakan kat korang pasal sesal. Sesal atau lebih dikenali sebagai menyesal. Korang tahu tak apa maksud sesal tu ? Majoriti tahu kan and pernah alami sebuah penyesalan kan. Kalau dalam pribahasa korang mesti pernah dengar 'sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna' dimana maksud dia ialah fikir masak-masak dahulu sebelum melakukan sesuatu perkara.

Okay, disini aku nak cerita la sedikit penyesalan yang dialami dalam hidup aku. Perkara ini berlaku ketika aku berumur 17 tahun dimana aku nak menduduki peperiksaan SPM tahun 2013. Dengan result aku yang tak seberapa, aku sangat menyesal dengan apa yang aku buat sebelum menduduki exam tersebut. Nak tahu sebab apa ? Sebab sebelum aku menduduki exam tersebut aku tak fokus dalam belajar, aku selalu tangguh buat homework yang cikgu bagi, aku selalu ponteng kelas, dan banyak lagi la. Then, sebulan nak exam tu baru aku sedar yang aku kena struggle untuk cover semua matapelajaran yang aku ambik. Aku ambik 11 matapelajaran then dalam masa sebulan aku kena cover semua tu, and aku mengaku semua tu tak sempat bagi aku.

Aku bingung and tak tahu nak buat macam mana lagi, then aku ambik keputusan untuk tinggal diasrama, sebab kawan-kawan aku majoriti tinggal kat asrama dan mungkin kitorang boleh buat group discussion. Dua minggu nak exam, banyak lagi yang aku tak faham then aku ambik keputusan untuk belajar dengan cikgu secara personal dan Alhamdulillah dalam masa dua miggu tu aku dapat catch up apa yang cikgu ajar. And dengan result aku yang tak seberapa tu, aku bersyukur la jugak sebab kalau aku tak struggle dalam masa sebulan tu memang aku akan fail dalam exam.

Kesimpulannya, aku menyesal sebab suka buat kerja last minit then suka habiskan masa dengan perkara-perkara yang tak berfaedah. Setakat ni je kot apa yang aku nak cerita pada korang.
thanks sebab sudi baca blog aku.
Sekian,

Monday, October 19, 2015

Roomate

Assalamualaikum w.b.t and hai semua,

Hari ni aku nak cerita kepada korang semua pasal roomate.
Roomate ni rakan sebilik kita la kan yang selalu rapat dengan kita, hari-hari kita mesti jumpa dia kan. Korang ada berapa orang roomate sekarang ? Bagi yang tinggal di asrama, apartment or rumah sewa kecuali rumah sendiri la. Korang mesti ramai kan ?

Ok, aku sekarang tinggal di asrama dan roomate aku ada seorang je, so, kitorang satu bilik 2 orang jela. Time kat matrik dulu 4 orang termasuk aku. Tapi aku rasa tiggal dua orang lebih baik la daripada 4 orang sebab mungkin lagi ramai lagi serabut sebab bising ke apa. Then, aku ni pulak suka borak, kalau lagi ramai dekat aku, lagi bahagia la aku, lupa semua kerja. Sekarang, ditakdirkan aku dapat roomate seorang je. First tu rasa happy la sebab tak bising and kitorang pun satu negeri so, kitorang bercakap pun tak rasa janggal la. Tapi sekarang nak cakap bosan tu tak la tapi ada la sikit sebab roomate aku seorang yang pendiam and perangai dia pun tak macam perangai aku, so kitorang memang tak sekepala la. Dalam satu hari tu boleh kira berapa kali je kitorang bercakap.

Aku bersyukur dapat roomate macam tu sebab mungkin lama-lama aku pun boleh terikut dengan perangai dia tapi tak nak la jadi pendiam sangat. Just jadi anti-sosial sikit-sikit. Tapi kan aku rindu la jugak suasana meriah dekat bilik even dua orang je. Tapi aku kena hormat la dia sebab dia pun hormat aku and tak pernah pun marah apa yang aku buat walaupun salah. Haa lagi-lagi dia dalam bidang pengajian islam, lagi la aku hormat. Roomate aku okay la sebab kitorang tak pernah gaduh setakat ni sebab kitorang buat hal masing-masing dan kalau dia ada ternampak aku buat salah, dia tegur aku dengan cara baik.

Kesimpulannya, aku bersyukur la dapat roomate macam tu. Korang macam mana? huhu..
Anggap la roomate kita tu macam keluarga kita.
Thanks guys, see you soon.
bye

Sunday, October 18, 2015

BEBAN

Assalamualaikum w.b.t and hai uolss,

Tajuk aku hari ni ialah Beban. Korang tahu kan beban tu apa? kalau dalam bahasa inggeris orang panggil Load. Beban ni tanggungjawab yang dipikul oleh seseorang dalam hidup mereka.

okayy, aku seorang anak dan pelajar. so, aku nak cerita pasal beban yang aku galas sepanjang hidup aku.

Sebagai seorang anak, of course la beban yang aku pikul tak lah berat sangat berbanding mereka. Aku just buat apa yang mereka suruh dan tak buat ape yang mereka larang. Contoh yang mereka suruh aku buat ialah belajar bersungguh-sungguh sampai berjaya dan dapat pekerjaan yang dapat tanggung masa depan aku. So, itu tanggungjawab atau beban yang aku kena galas demi memenuhi harapan mereka. And one more, perkara yang wajib kita semua buat iaitu hormat dan jangan pernah derhaka dengan mereka.

Sebagai student pulak, antara aku dengan pensyarah-pensyarah yang mengajar aku sepanjang aku menjadi student la. First, diorang sama je dengan parents kita. So, kita juga mestilah hormat diorang dan ikut je arahan mereka selagi tidak bertentangan dengan apa yang kita haram buat. Contohnya, kalau mereka bagi assignment , so, kita kena siapkan ataupun bagi tugasan seperti projek ke apa kita mestilah siapkan sebab tu tanggungjawab kita sebagai pelajar dan untuk masa depan kita.

Kesimpulannya, beban yang kita galas tak la berat sangat berbanding orang yang ada tanggungjawab lagi besar daripada kita.

Ok la guys, mungkin sampai situ je kot yang aku nak tulis pasal beban ni.
thanks for spent time baca blog aku.
bye.

Sunday, October 11, 2015

10.10

Assalamualaikum w.b.t and hai guys,,

First at all, tajuk hari ini ialah 10.10. Haa mesti korang nak tahu kan apa maksud disebalik tajuk ni.
Ok ni aku nak cerita. 10.10 ialah tarikh lahir kawan baik aku time sekolah rendah dulu.
Tarikh lahir dia 10.10.1996. Nama dia Nur Zalikha dan berasal dari Kelantan juga. Dia kawan baik aku daripada darjah 2 sampai darjah 6. Kami tak pernah berpisah even berpisah kelas sampaikan ada orang cakap kitorang kembar dimana ada aku, disitulah ad kawan baik aku tu. 

Kawan baik aku ni seorang yang pediam pada mulanya, tapi setelah berkawan dengan aku, dia dah bertukar perangai, hahaha, perangai dia pun jadi gila-gila macam aku tak ada dah yang pendiam tu. Pasal birthday dia tu aku tahu ketika kami darjah 3. First, dia susah nak bagi tahu tarikh lahir dia,so aku siasat la sendiri, entah la kenapa nak berahsia sangat dengan aku. Masa aku tanya tu pada tarikh 7.10. Patut la dia tak nak bagi tahu,sebab tarikh lahir dia dah nak dekat rupanya. So,aku tahu pun daripada abang dia yang tua dari kami 2 tahun. Dah susah sangat nak cakap tarikh lahir dia bila kan, aku plan la dengan kawan aku sorang lagi nak kenakan dia pada tarikh hari lahir dia tu.

Pada 10.10.2005, hari itu cuti sekolah, kitorang bercadang nak lepak dekat sekolah bersama dengan kawan baik saya tu and dia setuju nak lepak dengan kitorang. Dah selesai lepak and main-main aku dengan kawan aku sorang lagi tu baling tepung satu plastik and telur ayam dua biji dekat dia, terkejut tahap apa dah dia,,haha tak boleh lupa la reaksi muka dia time tu.. Dia pun apalagi marah la kat kitorang and kejar-kejar kitorang sampai merajuk takut mak dia marah balik dengan pakaian kotor macam tu. Tapi semua tu kisah lama la kitorang semua pun masing-masing dah buat haluan sendiri and last jumpa pun tahun 2010. Sekarang just contact jela.

Begitulah sedikit sebanyak kenangan yang dicipta oleh kitorang pada 10.10.2005. And sugguh aku tak tipu ,aku rindu pada tarikh ini sebab dia kawan baik aku yang paling the best la sebab faham jiwa aku and sanggup berada dengan aku dalam apa jua keadaan. Aku rindu dia..10.10 sangat bermakna bagi aku.

Ok la guys,itu je kot yang aku nak ceritakan kat korang pasal tajuk tu. 
thanks sebab sudi spent time korang dengan membaca blog aku ni.

bye guys.

Saturday, October 10, 2015

Jerebu

Assalamualaikum w.b.t and hai guys,

Hari ni aku nak ceritakan pasal isu sekarang iaitu jerebu. Aku just nak share sikit jela pasal jerebu ni sebab ni first time aku alami masalah jerebu yang agak teruk sepanjang hidup aku. Yela kan aku kan tinggal kat kelantan and kelantan pun jarang ada masalah jerebu ni, kalau da pun sikit-sikit je and ipu pun tak teruk dan tak menjejaskan kesihatan kitorang.


haa ni nak share gambar cikit masalah jerebu ni.





                                                        Gambar tu aku ambik kat internet,


Sepanjang aku duk kat bangi ni memang aku boleh rasa la duduk dalam keadaan yang agak membimbangkan. Pada minggu ketiga kalau tak silap aku, jerebu ni dah bertambah teruk and minggu keempat dan kelima ipu kat sini dah mencecah 250+. Bukan kat bangi n daerah wilayah persekutuan je, kat semua negeri pun terlibat kecuali kelantan. Kelantan pun terlibat jugak tapi tak seteruk negeri lain yang boleh memudaratkan kesihatan masyarakat.


Oleh disebabkan ipu  yang mencecah 250+, semua sekolah di negeri yang terlibat kecuali kelantan diarahkan tutup buat sementara demi menjaga keselamatan pelajar. Ada jugak institut yang diarahkan cuti seperti UITM Shah Alam dan USM. UKM tak diarahkan sebab syaratnya mestilah ipu mencecah ke 300.


Alhamdulillah sekarang masalah jerebu ni dah berkurangan sebab hujan pun dah mulai membasahi daerah kami walaupun bukan hari-hari. Tapi still ada lagi jerebu tu walaupun tak banyak.


ok la sampai situ je kot yang aku nak share kat korang, lain hari aku share pasal lain pulak eh,

Thanks korang sebab sudi membaca.




Monday, October 5, 2015

MENTOR

Assalamualaikum w.b.t and hai uolls,
first, hari ni aku nak tulis pasal mentor, apa itu mentor ? Bagi aku mentor ialah seorang yang dilantik untuk memimpin kita ke arah kebaikan. Contohnya, kalau student kan tak kira la dari sekolah rendah ke sekolah menengah ke even student ipta atau ipts mesti mempunyai mentor masing-masing. 
Macam aku, dekat UKM ni aku jugak dibahagikan mentor masing-masing.
Mentor aku bernama Profesor Madya Dr.Ros Zam Zam dari Pengurusan Kewangan.
Mentor ni bagi aku sangat penting kalau kita berjauhan dengan family sebab kalau ada apa-apa masalah kita boleh luahkan kepada mereka. Macam aku kan , time sekolah menengah aku suka jumpa mentor aku sebab aku selalu ada masalah dalam pelajaran dan aku selalu mintak nasihat daripada beliau, nasib baik mentor aku tu seorang yang sporting and boleh terima semua aduan aku.
Mentor jugak sama macam kaunselor la cuma jawatan mereka je berbeza. Bagi aku, kalau nak luahkan masalah ni better luahkan kepada mentor sebab mereka semua sangat berpengalaman daripada kita semua berbanding luahkan kepada kawan masing-masing.
Kesimpulannya, aku rasa program mentor mentee ni wajib diamalkan di sekolah atau institusi demi kebajikan pelajar.
Ok la guys,tu je kot yang aku tahu pasal mentor ni, nanti lain kali aku cerita lagi ok,
Aku harap korang sudi la baca blog aku ni. 
Thanks guys.
Assalamualaikum.

assignment !

Assalamualaikum guys and hai,

Kita jumpa lagi eh, thanks kepada korang yang rasa nak baca blog aku ni even macam kelaut je,
Aku nak berjinak-jinak la dulu dengan blog ni mana la tahu esok-esok boleh jadi blogger terkenal di Malaysia ni kan, haha angan-angan tak sudah! 

Hari ni aku nak cerita la kat korang pasal hidup aku di UKM selama sebulan ni.

First kan, mula-mula aku datang sini aku dikejutkan dengan cara belajar yang berbeza tau daripada dekat matrikulasi dahulu. Mula-mula pasal jadual waktu pembelajaran, aku terkejut la jugak sebab semua kita kena buat sendiri kan, tapi kat matrikulasi hari tu semua pasal jadual waktu ni diorang yang aturkan, so kat sini aku boleh belajar la nak aturkan jadual sendiri even pening-pening nak fikirkan tentang subjek Citra and tambah pulak dengan sistem kat sini buat hal. Tapi semua tu memerlukan masa dalam dua miggu kot nak selesai pasal jadual tu.

 Ok dah selesai pasal jadual waktu ,sekarang aku nak cerita pasal assingment kat sini pulak. Baru je start kelas dah ada assignment, lepas tu assignment tu pulak kena upload dalam ifolio lagi, facebook, email dan macam-macam lagi la. Mula-mula tu aku tak faham la sangat pasal nak upload semua ni tapi bila dah try sekali baru faham.  Assignment kat sini bukan sikit tau,sekali lecturer bagi tu berlambak kerja aku,haha , tambah-tambah aku ni jenis yang suka tangguh buat kerja suka buat kerja last minit,,hai bila la nak berubah aku ni.. Contoh assignment yang banyak kena buat ialah makroekonomi, tapi tu pun nasib baik buat dalam group kalau tak, tak tahu la aku, ni baru je lagi nanti lama-lama lagi banyak. Dengan kerja siapkan poster lagi,,haishh aku harap aku dapat settle kan semua ni dengan lancar la..huhu..

Ok la guys tu je kot aku boleh cerita kat korang, aku nak siapkan assignment dulu la..Nanti rajin-rajin aku tulis lagi eh.. 
Thanks korang sebab sudi baca blog aku yang tak seberapa ni.
Bye-bye.