Assalamualaikum w.b.t and hai guys,
Hari ni aku nak ceritakan pasal isu sekarang iaitu jerebu. Aku just nak share sikit jela pasal jerebu ni sebab ni first time aku alami masalah jerebu yang agak teruk sepanjang hidup aku. Yela kan aku kan tinggal kat kelantan and kelantan pun jarang ada masalah jerebu ni, kalau da pun sikit-sikit je and ipu pun tak teruk dan tak menjejaskan kesihatan kitorang.
haa ni nak share gambar cikit masalah jerebu ni.
Gambar tu aku ambik kat internet,
Sepanjang aku duk kat bangi ni memang aku boleh rasa la duduk dalam keadaan yang agak membimbangkan. Pada minggu ketiga kalau tak silap aku, jerebu ni dah bertambah teruk and minggu keempat dan kelima ipu kat sini dah mencecah 250+. Bukan kat bangi n daerah wilayah persekutuan je, kat semua negeri pun terlibat kecuali kelantan. Kelantan pun terlibat jugak tapi tak seteruk negeri lain yang boleh memudaratkan kesihatan masyarakat.
Oleh disebabkan ipu yang mencecah 250+, semua sekolah di negeri yang terlibat kecuali kelantan diarahkan tutup buat sementara demi menjaga keselamatan pelajar. Ada jugak institut yang diarahkan cuti seperti UITM Shah Alam dan USM. UKM tak diarahkan sebab syaratnya mestilah ipu mencecah ke 300.
Alhamdulillah sekarang masalah jerebu ni dah berkurangan sebab hujan pun dah mulai membasahi daerah kami walaupun bukan hari-hari. Tapi still ada lagi jerebu tu walaupun tak banyak.
ok la sampai situ je kot yang aku nak share kat korang, lain hari aku share pasal lain pulak eh,
Thanks korang sebab sudi membaca.

No comments:
Post a Comment