Assalamualaikum w.b.t and hai semua,
Hari ni aku nak ceritakan kat korang pasal sesal. Sesal atau lebih dikenali sebagai menyesal. Korang tahu tak apa maksud sesal tu ? Majoriti tahu kan and pernah alami sebuah penyesalan kan. Kalau dalam pribahasa korang mesti pernah dengar 'sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna' dimana maksud dia ialah fikir masak-masak dahulu sebelum melakukan sesuatu perkara.
Okay, disini aku nak cerita la sedikit penyesalan yang dialami dalam hidup aku. Perkara ini berlaku ketika aku berumur 17 tahun dimana aku nak menduduki peperiksaan SPM tahun 2013. Dengan result aku yang tak seberapa, aku sangat menyesal dengan apa yang aku buat sebelum menduduki exam tersebut. Nak tahu sebab apa ? Sebab sebelum aku menduduki exam tersebut aku tak fokus dalam belajar, aku selalu tangguh buat homework yang cikgu bagi, aku selalu ponteng kelas, dan banyak lagi la. Then, sebulan nak exam tu baru aku sedar yang aku kena struggle untuk cover semua matapelajaran yang aku ambik. Aku ambik 11 matapelajaran then dalam masa sebulan aku kena cover semua tu, and aku mengaku semua tu tak sempat bagi aku.
Aku bingung and tak tahu nak buat macam mana lagi, then aku ambik keputusan untuk tinggal diasrama, sebab kawan-kawan aku majoriti tinggal kat asrama dan mungkin kitorang boleh buat group discussion. Dua minggu nak exam, banyak lagi yang aku tak faham then aku ambik keputusan untuk belajar dengan cikgu secara personal dan Alhamdulillah dalam masa dua miggu tu aku dapat catch up apa yang cikgu ajar. And dengan result aku yang tak seberapa tu, aku bersyukur la jugak sebab kalau aku tak struggle dalam masa sebulan tu memang aku akan fail dalam exam.
Kesimpulannya, aku menyesal sebab suka buat kerja last minit then suka habiskan masa dengan perkara-perkara yang tak berfaedah. Setakat ni je kot apa yang aku nak cerita pada korang.
thanks sebab sudi baca blog aku.
Sekian,
No comments:
Post a Comment