Monday, October 19, 2015

Roomate

Assalamualaikum w.b.t and hai semua,

Hari ni aku nak cerita kepada korang semua pasal roomate.
Roomate ni rakan sebilik kita la kan yang selalu rapat dengan kita, hari-hari kita mesti jumpa dia kan. Korang ada berapa orang roomate sekarang ? Bagi yang tinggal di asrama, apartment or rumah sewa kecuali rumah sendiri la. Korang mesti ramai kan ?

Ok, aku sekarang tinggal di asrama dan roomate aku ada seorang je, so, kitorang satu bilik 2 orang jela. Time kat matrik dulu 4 orang termasuk aku. Tapi aku rasa tiggal dua orang lebih baik la daripada 4 orang sebab mungkin lagi ramai lagi serabut sebab bising ke apa. Then, aku ni pulak suka borak, kalau lagi ramai dekat aku, lagi bahagia la aku, lupa semua kerja. Sekarang, ditakdirkan aku dapat roomate seorang je. First tu rasa happy la sebab tak bising and kitorang pun satu negeri so, kitorang bercakap pun tak rasa janggal la. Tapi sekarang nak cakap bosan tu tak la tapi ada la sikit sebab roomate aku seorang yang pendiam and perangai dia pun tak macam perangai aku, so kitorang memang tak sekepala la. Dalam satu hari tu boleh kira berapa kali je kitorang bercakap.

Aku bersyukur dapat roomate macam tu sebab mungkin lama-lama aku pun boleh terikut dengan perangai dia tapi tak nak la jadi pendiam sangat. Just jadi anti-sosial sikit-sikit. Tapi kan aku rindu la jugak suasana meriah dekat bilik even dua orang je. Tapi aku kena hormat la dia sebab dia pun hormat aku and tak pernah pun marah apa yang aku buat walaupun salah. Haa lagi-lagi dia dalam bidang pengajian islam, lagi la aku hormat. Roomate aku okay la sebab kitorang tak pernah gaduh setakat ni sebab kitorang buat hal masing-masing dan kalau dia ada ternampak aku buat salah, dia tegur aku dengan cara baik.

Kesimpulannya, aku bersyukur la dapat roomate macam tu. Korang macam mana? huhu..
Anggap la roomate kita tu macam keluarga kita.
Thanks guys, see you soon.
bye

No comments:

Post a Comment