Monday, December 21, 2015

Epilog

Semasa aku belajar, aku mempunyai kisah silam dalam pelajaranku. Waktu itu aku di tingkatan lima sebelum peperiksaan percubaan sijil pelajaran malaysia. Sebelum peperiksaan percubaan, aku menduduki peperiksaan pertengahan tahun. Pada masa itu aku tidak pernah belajar mahupun suka bertanya guru jikalau aku tidak faham. Semasa aku menduduki peperiksaan tersebut, fikiranku kosong dan aku menghantar jawapan tersebut hanya terjawab tiga daripada lapan soalan. Setelah keputusan peperiksaan pertengahan keluar, aku sangat kecewa dengan diriku sendiri kerana aku telah memeperolehi keputusan yang gagal dalam tiga subjek. Apabila aku pulang ke rumah, ibu bapaku menanyakan keputusan tersebut dan aku menghulurkan kepada mereka tanpa sepatah kata pun yang keluar dari mulutku. Dari riak muka mereka setelah melihat keputusanku yang teruk, aku dapati yang mereka sangat kecewa dengan aku. Pada masa itu, aku malu nak berhadapan dengan mereka, tetapi aku buang rasa tersebut dan beranikan diri bercakap dengan mereka. Daripada saat itu juga aku minta maaf dan mohon ampun daripada mereka dan aku berjanji akan memberi mereka keputusan yang terbaik untuk mereka di final nanti. Kisah silam tersebut aku akan ingat sampai mati untuk memberi semangat kepada diriku sendiri. Aku berjanji dengan diriku, aku akan menjadi anak yang dapat memberi kebahagian kepada ibubapaku.

Saturday, December 19, 2015

The Return Of Superman

Assalamualaikum w.b.t and hye guys,

Hari ni aku nak kongsi sedikit cerita kegemaran aku kat korang. Sapa tahu pasal cerita tu? Sebenarnya bukan cerita tapi sekadar hiburan untuk semua. Mesti korang pun ada yang suka atau pernah tengok siaran tu kan ? Hiburan tu dari Korea tajaan KBS. Mesti korang ingat aku suka k-pop kan ? haha tak lah. Aku tak suka pun k-pop ni tetapi kalau hiburan macam tu aku suka la. Lagi satu hiburan korea yang aku suka ialah siaran Running Man. Mesti ramai yang suka kan? Tapi banyak perbezaan dengan the return of superman ni. Hiburan ni mengisahkan seorang bapa yang terpaks menjaga anak-anaknya dalam masa 48 jam tanpa ibu mereka.

Dalam cerita ni, ada 5 orang artis yang terpaksa menjaga anak-anak mereka tanpa isteri mereka. Apa yang aku kagum dalam cerita ni ialah bapa budak-budak tu kena jaga mereka dimana mereka masih kecil dan tak boleh buat apa-apa tanpa sebarang pertolongan. Sikap kebapaan mereka jelas ditunjuk dalam siaran tersebut dengan cara layanan mereka terhadap anak-anaknya. And satu lagi apa yang suka dalam siaran tersebut ialah aku suka tengok gelagat si kecil-si kecil tu sebab diorang semua cute. Geram pulak aku tengok. Nanti kalau korang rasa nak tahu pasal cerita ni, tengok la kat youtube ea, k la sampai sini je kot. Thanks guys.

Sekian,

Monday, December 14, 2015

Prolog (keluargaku)

Dunia ini seakan milik aku. Aku dilahirkan dari keluarga yang bahagia dan harmoni tanpa. Aku seorang anak sulung. Dari aku lahir dan sebelum aku lahir lagi aku dianugerahkan seorang ayah yang sangat penyayang dan bertanggungjawab ke atas keluargaku. Ayahku sebelumnya hanyalah jurujual kecil-kecilan tetapi sekarang aku bangga dengan usaha dan semangatnya yang tinggi sehingga menjadikan beliau seorang ahli perniagaan yang boleh dikatakan berjaya. Aku juga dianugerahkan seorang ibu yang sangat penyayang dan sentiasa mengambil berat pasal anak-anaknya. Aku meanggilnya dengan gelaran 'umi'. Umi lah yang selalu menjaga makan minum kami sekelluarga tanpa mengeluh sedikit pun. Aku bangga dengan umiku kerana mampu menampung semua keinginan anak-anaknya dengan bantuan ayahku. Setelah aku berumur 4 tahun, aku dianugerahkan seorang adik perempuan yang diberi nama Atiqah dan hubunganku dengan dia sampai sekarang sangat rapat. Selepas 3tahun berlalu adikku yang ketiga pula lahir dan diberi nama Syazana dan akhir sekali adik lelakiku yang diberi nama Luqman. Aku bersyukur dengan adanya keluargaku aku rasa hidup aku sempurna dan bahagia.Dengan adanya mereka juga aku sentiasa bersemangat meneruskan pelajaranku ke menara gading. Aku juga bersyukur dianugerahkan ibu-bapa yang sangat menyayangi kami sepenuhnya dan aku berjanji suatu hari nanti aku akan membalas jasa mereka.

Piala Malaysia

Assalamualaikum w.b.t and hye guys, 

Today, aku nak kongsi kat korang pasal piala malaysia 2015 ni. Korang semua mesti tengok kan perlawanan piala malaysia itu. Aku orang Kelantan tapi nak buat macam mana kelantan tak ada rezeki sampai final and semi final pun tak lepas,hahaha malu nya. Tapi tak apa la at least pernah la menang piala malaysia and piala lain pun, by the way aku bangga jadi anak jati kelantan.

Berkenaan Piala Malaysia 2015 iaitu antara Selangor dengan Kedah ni aku sokong Selangor and tak sangka pulak Selangor menang. Sebelum perlawanan bola tu bermula aku ada buat perjanjian dengan sepupu aku, kalau kedah menang,aku kena belanja dia kasut and kalau selangor menang dia kena belanja aku gelang. Nak dijadikan cerita, tuah berpihak kepada aku and rezeki aku kali ni. hahaha, Kitorang bukan buat pertaruhan tau tapi just suka-suka sebagai ahli keluarga. Aku sokong Selangor sebab sekarang aku belajar kat selangor tak kan la nak sokong kedah nun jauh disana pulak. Then, sepupu aku pulak sokong kedah sebab dia study kat UUM kedah. 

Aku memang dari dulu lagi suka tengok orang main bola lebih-lebih lagi melibatkan negeri kita sendiri kalah lelaki, Kalau kat kelantan tiap kali ada perlawanan aku pergi tengok secara live kat stadium. Akhir kata, tahniah kepada Selangor sebab berjaya menewaskan Kedah dengan keputusan 2-0. 

Sekian.

Sunday, December 6, 2015

Apa itu teknologi maklumat?

Hai guys,

Apa yang korang tahu pasal teknologi maklumat? Mesti korang tahu banyak kan? Sebab teknologi maklumat ni tanpa kita sedar, kita menggunakannya setiap hari. Daripada pengetahuan aku, teknologi maklumat ni ialah satu kaedah atau cara yang digunakan untuk mencari,menyebar dan memaparkan maklumat mengenai sesuatu perkara atau peristiwa.

Seperti yang korang tahu, teknologi maklumat ni ialah tertumpu pada internet atau komputer je kan? Tetapi berdasarkan pemerhatian aku, teknologi maklumat juga tertumpu kepada telefon, televisyen, fax, telegram and banyak lagi la. Nanti korang search google sendiri eh contoh-contoh teknologi maklumat ni. Apa yang aku tahu dalam teknologi maklumat ni, aku menggunakannya setiap kali aku buka laptop and guna internet. Bagi aku itu semua teknologi maklumat. Memang setiap hari aku menggunanya. Banyak lagi yang aku tahu pasal teknologi maklumat ni tapi aku tak pandai nak huraikan kat sini. Nanti korang search sendiri eh pasal teknologi maklumat ni sebab ia berguna dalam kehidupan seharian kita. Setakat ni je kot. thank guys.

sekian.

Saturday, December 5, 2015

SANDAL NIPIS KECIL

Assalamualaikum w.b.t and hai guys,

Kali ni aku nak cerita pasal kenangan lama sikit kat korang. Kenapa aku buat tajuk ni ? Sebab tema minggu ni aku kena guna akronim nama aku and nama aku kan bermula dengan huruf S,N,K so, sebab tu aku pilih tajuk itu nak kali ni. Susah kot nak cari tajuk pasal akronim nama aku. Okay, apa korang faham pasal tajuk aku ni ? hahaha gurau je, aku je yang faham pasal tajuk itu. So, aku cerita kat korang okay.

Masa aku umur 13 tahun yakni tingkatan 1, aku rapat dengan sepupu aku yang rumahnya berdekatan dengan rumah aku. Aku dengan dia macam adik beradik tau. So, time cuti sekolah dia and family dia pergi bercuti ke Paris dalam masa seminggu and time tu aku kesunyian la, ecececeh pandai sunyi-sunyi, hahaha. Sebelum dia nak pergi bercuti tu, dia ada tanya aku, ada nak apa-apa ke? then,aku jawab la beli la apa-apa pun. Nak dijadikan cerita, dia belikan aku sandal. Tapi...... nak tahu tak, sandal tu punya la nipis and kecil. Dia bukannya nak tanya dulu saiz kaki aku ke apa. Tapi aku tak cakap la semua tu kat dia, aku just cakap tak muat je. Bila aku tanya harga, terkejut la jugak harga dia tak semurah nipis and kecil sandal tu. Mahal bro! Apa-apa pun, sandal nipis kecil tu aku simpan dalam almari aku and tak pernah pakai pun, aku nak share gambar pun kat korang pun gambar tak ada, nanti la ek. Sandal nipis kecil tu lambang persahatan kami.

Sampai situ je kot, sekian.

Monday, November 30, 2015

Pengangkutan UKM

Assalamualaikum and hai guys,

Aku nak share sikit pengalaman aku dekat UKM ni. Apa yang aku nak cerita ialah pasal pengangkutan kat sini. Apa yang aku tahu tentang pengangkutan kat sini ialah ada bas and teksi je la yang awam. Aku tak tahu nak cerita macam mana, so, aku cerita pasal bas je la eh sebab teksi jarang aku nampak and aku pun tak pernah naik teksi.

Bas di UKM ada tiga zon, apa-apa lah ,haha, iaitu bas zon 6, bas zon 2 and bas zon 3U. Memandangkan aku ni first year kat sini, so, aku nak pergi mana-mana memang terpaksa ambil bas la. And setakat ni semua bas aku dah pernah naik. Apa yang aku tahu bas zon 6 ke KTM dengan melalui jalan belakang, haha aku tak pandai la nak terangkan, macam tu la, n zon 2@3U aku rasa laluan dia sema, just zon 3U sampai atas and kalau nak pergi DPPA kena naik bas zon 3U, tak silap aku la.

Aku pernah naik 3 buah bas dalam satu masa. Yang itu masa first time aku naik bas la. Time itu aku nak pergi DPPA untuk ambil kad matrik, then dari kolej aku nak pergi sana kena ambil zon 3U. Tapi nak jadikan cerita, aku pergi naik bas zon 2 then bas tu stop kat kolej pendeta zaabar untuk rehat. Then, tanya kakak senior dalam bas, dia cakap ambil bas zon 2 yang lain pula, aku pun ikut jela. Naik bas tu aku tanya kakak senior seorang lagi untuk kepastian, and dia suruh aku berhenti ambil bas zon 3U, lepas itu baru lah sampai dekat DPPA. Itu la pengalaman aku tentang bas ni...

Ok la guys sampai sini je kot. Thank you.
Sekian.

NASI KERABU

Assalamualaikum w.b.t and hye guys,

Hari ni aku nak share sikit kepada korang kisah pasal nasi kerabu. Korang mesti tahu kan nasi kerabu ni macam mana ? And of course korang semua mesti pernah rasa kan? Lain la kalau yang tak suka makan nasi kerabu ni. Eh, ada je yang tak pernah makan nasi kerabu ni. Macam kawan aku dia tak pernah pun makan nasi kerabu even dia orang kelantan. Nak tau sebab apa ? First dia tak suka warna nasi yang warna biru u, then, dia tak suka budu and ada lagi lah sebab dia, aku pun lupa dah.

Okay, nasi kerabu bagi aku memang best, n ia menjadi salah satu makanan favourite aku semasa aku kecil. Tapi sekarang aku dah jarang makan nasi kerabu sebab aku dah suka makanan lain, hahaha. Aku memang senang sangat tukar selera. Tapi nasi kerabu tu bagi aku salah satu makanan tersedap n terfamous di Kelantan, and kalau aku makan nasi kerabu kat luar daripada kelantan memang tak ada yang sama rasa dengan yang Kelantan punya,

Masa aku kecil dulu, nenek aku pernah jual nasi kerabu and nenek aku pandai buat nasi kerabu,even kalau rumah kitorng buat tahlil or event apa-apa pun, menu first kitorang nasi kerabu sebab itu juga makanan favourite family aku. Nak jadikan cerita, nasi kerabu dengan family kami tak akan pernah terpisah. hahaha.

Ok la guys, sampai sini je kot,
Thanks.
Sekian.

Monday, November 23, 2015

Tikam

Assalamualaikum w.b.t and hye guys,

Hari ni tajuk post aku ialah tikam. Apa yang aku nak cerita kat korang pasal ni ialah story yang aku pernah alami tentang perkataan tikam ni. Mesti korang pernah dengar istilah tikam belakang kan ?
Okay, aku nak cerita pasal istilah tu la.

First, benda ni dah lama terjadi tapi masih berada dalam ingatan aku la. Masa aku form 4 aku ada kawan baik yang first-first memang baik la dengan aku. Memang kalau aku pergi mana-mana pun dengan dia je. Then, nak jadikan satu cerita dia ada boyfriend tau n pada satu hari tu boyfriend dia ada la text aku tanya pasal kawan baik aku ni. Boyfriend dia just nak tahu je macam mana perangai kawan aku tu. Tapi ada satu hari tu kawan aku ni tahu yang aku ada text dengan boyfriend dia and aku explain jela yang sebenarnya. Then dia percaya apa yang aku explain kat dia.

Then, hakikatnya dia sebenarnya, tak percayakan aku and tuduh aku nak rampas boyfriend dia. And satu hari tu dia ada sebar cerita buruk pasal aku dekat classmate kitorang, then, memang aku naik angin la and tak sangka kawan baik aku yang dah lama dengan aku sanggup tikam belakang aku semata-mata sebab lelaki. Then, lepas kejadian tu, aku dah tak kawan dengan dia sebab aku benci and dia pun dah pindah sekolah. Tapi memang benda tu kenangan buruk untuk aku and aku tak akan pernah lupa semua tu. Sampa sekarang memang aku tak pernah pun terjumpa or tersermpak dengan dia.

Ok la guys, tu je kot cerita aku hari ni.
Thanks, 

Sekian.

Thursday, November 19, 2015

EMOSI

Assalamualaikum w.b.t and hye guys,

Hari ni aku nak cerita sikit pasal emosi. Apa itu emosi ? Macam korang semua tahu, emosi ni adalah satu perasaan yang kita tak boleh kawal if kita lalui perkara yang akan melibatkan mainan perasaan kita. Contoh emosi ni marah, sedih, and banyak lagi. Apa effect if emosi kita terlalu kuat? Contoh la kalau emosi kita sedang marah and ada pulak yang tambahkan kemarahan kita akan menybabkan kita hilang kawalan sama ada tak peduli pasal seseorang tu or gaduh. Then, kalau emosi tengah sedih pulak, kita akan menangis untuk hilangkan emosi iu.

Contoh aku la, kalau emosi aku tengah marah and aku tak boleh kawal kemarahan aku, aku akan menjauhkan diri aku daripada orang ramai and lepaskan kemarahan aku dengan berdiam diri and aku akan tidur untuk hilangkan emosi marah aku tu. If aku dengan someone and then time tu aku tengah marah, mungkin aku akan bercakap kasar dengan dia even bukan dia yang buat emosi aku terganggu. Kalau emosi aku tengah sedih pulak, aku akan menangis sekuat, selama mungkin and aku juga akan berseorang sebab aku rasa time aku sedih aku tak perlukan sesiapa pun lain la kalau aku di ruamh. Kalau aku dirumah, aku akan luahkan semua yang buatkan emosi aku terganggu kepada ibu aku sebab dia yang selalu tenangkan aku dalam semua perkara. 

Kesimpulannya, emosi ni agak bahaya untuk diri sendiri dan orang lain sebab ada sesetengah orang yang tak boleh kawal emosinya mungkin akan cederakan diri sendiri or orang lain. 
Ok guys itu je kot yang aku nak kongsikan dengan korang pasal emosi ni.

Thanks,
sekian.

Monday, November 16, 2015

apa itu persahabatan ?

Assalamualaikum w.b.t and hai guys,

Hari ini aku nak membahas tentang persahabatan sedikit sebanyak. Korang semua mesti tahu kan apa maksud sahabat? and korang semua pun mempunyai sahabat masing-masing tak kira la berbeza agama atau kaum, ataupun sahabat baru atau lama. Tapi kan bagi aku la nak cari seorang sahabat yang betul-betul sentiasa ada dengan kita even kita senang atau susah ni payah sikit kan. Dalam masa yang sama jugak, even sahabat tu hanya ada waktu kita senang pun dia berguna jugak dalam sebahagian hidup kita, tapi kalau boleh carilah sahabat yang sentiasa ada bersama kita.

Bagi aku sahabat adalah harta yang paling berharga dalam hidup selain daripada keluarga. Dengan adanya sahabat setiap pekerjaan atau apa sekalipun akan menjadi ringan dengan bantuan mereka. Mereka juga ada sebahagian yang sanggup kongsi kebahagian mereka dengan kita. Itulah dinamakan sahabat sejati. Aku ada ramai sahabat iaitu sahabat dari sekolah rendah till dekat ipta. But sahabat sejati aku hanya ada beberapa orang saja. Mereka lah yang selalu menolong aku ketika dalam kesusahan, and even kitorang gaduh pun kitorang akan saling memaafkan. Sahabat sejati susah dicari, dalam sejuta mungkin ada 2 3 orang je. 

So, nasihat aku pandai-pandailah mencari sahabat sejati ye.
Sampai sini je la , thanks guys.
Sekian.

Sunday, November 15, 2015

CUTI

Assalamualaikum w.b.t and hye guys,

Lama aku rasa tak post cerita aku kat blog ni, maklum la cuti midterm seminggu. Seminggu je.
Apa aku nak cerita kat korang hari ni ialah of course la pasal cuti midterm aku ni, hahaha korang nak baca ke tak terserah la.

Ok, first nak cakap aku ni kan stay kat kelantan so, aku balik kampung naek bas je, nak naik flight tak mampu on the spot, mahal. Laen la macam korang yang stay dekat-dekat sini of course la parent datang ambil. Untung la kan. Naek bas ambil masa dalam 9@10 jam dari ukm ke kelantan. Sampai je kat rumah, aku tak rehat, but terus ajak aunt aku pergi jalan-jalan kat pantai, huhuhu. Dah lama tak k pantai. Satu hari memang aku spent time kat pantai, release tension orang putih cakap. Hari kedua and seterusnya ada la aku duk rumah and then pergi shopping, maklum la duit tengah banyak, hahaha nanti bayar pun banyak.

Nak dijadikan cerita hari ketujuh cuti, kaki aku terseliuh depan rumah aku, bengkak satu kaki aku, memang satu hari duk kat rumah je la nak jalan tak boleh and aku suruh atok aku tolong urutkan. Then, hari jumaat tu aku dah boleh jalan tapi terjengkit-jengkit laa, sekarang pun kaki aku bengkak tak surut-surut lagi. Memang cuti ni nasib malang la sikit, sebab time-time nak habis cuti baru boleh penyakit, hahaha, kesian..

Ok la guys, tak ada cerita menarik pun pasal cuti aku, sebab cuti pendek je kan.
Thanks yang sudi membaca blog aku.
Sekian.

Friday, November 6, 2015

My hobby

Assalamualaikum w.b.t and hye guys.

Aku nak cerita kat korang pasal hobi aku la hari ni. Tapi sebelum tu aku nak tahu apa hobi korang? hahaha gurau jela, mesti korang ada hobi yang berlainan masing-masing kan. 

First, aku sebenarnya confused dengan hobi aku sebab aku ada banyak hobi dalam kehidupan seharian aku. Pertama, aku suka membaca komik, kalau kat rumah, satu hari tak jumpa komik memang tak boleh duduk tenang aku. Tapi kat sini (UKM) memang aku tak pernah baca lagi la sebab aku tak bawak. Kalau bawa kan tak pasal-pasal pelajaran kelaut.

Then, kalau kat UKM ni hobi aku time tak ada assignment aku buka laptop, layari internet then search you tube. Apa aku tengok dalam youtube tu ? Aku sebenarnya suka sangat rancangan Running Man yang korea tu. Aku tak suka k-pop tapi aku suka rancangan tu je. Dari episode 1 sampai 270 semua aku dah tengok just ada certain yang aku tertinggal. Memang kat sini ada masa free sikit aku tengok running man tu sebab internet kat sini free je kot bukan wifi tapi guna cable. so, aku manfaatkan jela semua tu. 

Last, hobi aku satu lagi tidur. Kalau balik kelas then terasa letih sangat, tidur je kerja aku. Tapi aku tunggu lepas asar la. Siap je solat asar, aku terus tidur then bangun time nak maghrib. Kalau cuti pula aku lepas luch tu aku confirm tidur sekejap then bangun tengok running man. hahaha. Itu rutin harian aku la. Bila time aku study? Aku study malam je, pukul 9 malam keatas tu time aku study la tu pun ikut mood. hahaha. Kalau malas aku tengok running man then tidur.

Okay la guys, itu je kot yang aku nak cerita kat korang. Thanks,
Sekian.

NAFSU

Assalamualaikum w.b.t and hye guys,,

Hari ni aku nak cerita kat korang pasal nafsu. Semua orang ada nafsu kan, tak kisah la nafsu apa pun tapi setiap orang tu memang diberikan nafsu dalam diri masing-masing. Nafsu ni bahaya tau guys, kalau yang kuat nafsu and then tak leh nak control memang boleh membahayakan diri tau. Contoh nya nafsu terhadap makan. Kalau ada sesetengah daripada korang yang kuat nafsu makan seperti aku, memang susah nak kawal tiap kali nampak makanan. Macam aku, aku tak boleh tengok makanan yang aku suka, nampak sedap and yang tak pernah aku makan. Walaupun aku dah kenyang aku still nak makan makanan tersebut. Tu yang badan aku bulat dah sekarang. Nafsu makan aku ni start daripada aku masuk tingkatan, sebelum ni okay je. And ada sebab tersendiri la kenapa semakin menjadi nafsu aku time aku masuk tingkatan tu.


But, sekarang Alhamdulillah aku dah boleh control nafsu makan aku. Sekarang, aku makan pun satu kali je sehari tapi berat badan aku still tak menurun sebabnya aku malas nak bersukan. ahahhaha.

Apa yang menyebabkan aku boleh control nafsu makan aku ? Mestilah sebab duit guys, time duk kat rumah tak pe la sebab guna duit mak bapak, sekarang dah guna duit sendiri kena cermat la even selalu keluar untuk barang yang tak berfaedah. hahaha. Kalau nafsu aku pada shopping memang aku tak boleh nak control. Then, aku nak diet sebab tu aku nak control makan aku tu. Tapi, memang susah la nak control makan ni, aku kena hindari tempat yang ada makanan best baru aku boleh control nafsu makan aku.

Okay la guys, sampai sini je kot apa yang aku nak cerita kat korang. Thanks guys.

Sekian.

Monday, November 2, 2015

The Laptop

Assalamualaikum w.b.t and hye guys,

Malam tadi aku cerita kat korang pasal makanan kan? Tapi sekarang tajuk yang aku nak cerita kat korang ni ialah Laptop. Yang tajuk tu saja je aku nak buat dalam bahasa english tapi aku nak cerita kat korang dalam bahasa melayu tau, maklum la aku bukannya pandai sangat speaking ni , hahaha.

First, korang semua mesti ada laptop sendiri masing-masing kan ? Yela, kan student tak kan la tak ada pulak, aku percaya korang semua mesti ada. At least, dalam satu keluarga ada la dalam dua buah laptop kan? Tapi dalam keluarga aku ada 1 je sekarang, tu pun yang aku punye je. Sebelum ni ada 2biji tapi yang satu tu dah rosak sebab adik aku jatuhkan kat tempat yang ada air, so laptop yang lama aku sekarang ni tengah baiki, then sekarang ada yang aku punya jela n model laptop aku ASUS. Spe pkai model ASUS kita geng,haha.

Ok, nak tahu kenapa aku nak cerita pasal laptop ni? sebab aku sekarang tengah bengang dengan laptop aku ni. Semenjak dua menjak ni laptop aku selalu hang tau, kadang-kadang time aku tengah buat assignment pun dia boleh buat hang lagi. Aku tak tahu la apa masalah dia, tapi aku rasa aku nak pergi kedai then format lapop aku ni. Aku dah tak leh tahan dah, minggu lepas bukan setakat hang je, screen depan pun tak boleh nak tengok.

Then, aku ni jenis yang lasak sikit, aku rasa macam nak je baiki sendiri, tapi fikir pulak kalau aku baiki sendiri confirm masuk ward la laptop aku ni. hahaha. Bukan setakat hang je, mati terus dibuatnya. Korang jaga baik-baik tau laptop tu, jangan kuat sangat mendownload macam aku ni, nanti tak pasal-pasal dia mogok dengan kita. Ok la korang, setakat ni je kot.
thanks.
Sekian.

MAKANAN

Assalamualaikum w.b.t and hai korang,

Hari ni tajuk yang aku nak cerita pasal korang ialah makanan. Makanan ni sesuatu yang wajib dalam hidup kita kan. And makanan ni ada macam-macam jenis kan, berbeza rasa, warna, and kebanyakan makanan berbeza di sesebuah negeri berbeza. Apa yang aku boleh nampak and kenal pasal makanan ni just makanan Malaysia jela, makanan luar negara aku tak pernah la pulak makan atau rasa , so, aku tak boleh cakap pasal makanan luar negara.

Okay, makanan kegemaran aku ialah nasi ulam, bukan nasi tu makan dengan ulam je, tu just nama bagi nasi tu. Tetapi main point kat menu tu adalah ulam. Kenapa aku suka ulam? Mungkin sebab aku orang Kelantan then dibesarkan di kampung dan mungkin juga sebab dari kecil aku diajar makan makanan yang ada ulam. Kalau kat Kelantan, korang pun tahu nasi kerabu yang terkenal kat sini. And kalau korang nak makan nasi ulam yang best pergilah Restoran Nasi Ulam Ummi kat Salor, Kota Bharu. Kat situ macam-macam ulam korang boleh makan.

Then, makanan kegemaran aku yang kedua ialah laksam@laksa kuah lemak kelantan, korang pernah makan tak? Kalau korang pergi kelantan,jarang la dapat beli laksam pinang, ada laksa lemak kelantan je. Best sangat nanti korang try eh.

Ok lah setakat ni jela kot, and last sekali budu ialah favourite aku, kalau nak makan nasi mesti kena ada budu, tapi sekarang dah dekat sebulan aku tak makan budu sebab tak boleh cuti lagi,,huhuhu

Okay la guys, thanks,
Sekian.

Monday, October 26, 2015

boros

Assalamualaikum w.b.t and hai guys,

Tajuk aku hari ni ialah boros. Korang mesti tahu kan apa maksud boros tu? And ada jugak sesetengah daripada korang yang mempunyai sifat boros kan. Aku nak cerita la dekat korang semua pasal keborosan aku.

First at all, aku mengaku yang aku memang seorang yang pemboros sebab aku tak boleh pegang duit banyak-banyak sebab duit bagi aku akan rasa nak je guna duit tu untuk beli sesuatu yang aku inginkan walaupun benda tu mahal. Aku juga seorang yang kaki shopping, tak boleh masuk mall, ada je benda yang aku nak beli. And aku kalau inginkan sesuatu aku akan dapatkan juga walau bagaimana cara sekalipun.

Tapi sekarang sifat boros aku dah kurang sedikit sebab aku control supaya tak membazir sangat. Hal ini kerana aku sekarang seorang student dan berjauhan daripada keluarga and aku juga terpaksa menggunakan duit aku sendiri untuk membeli sesuatu aku nak, so, aku dah belajar untuk control keinginan aku terhadap sesuatu barang tu dan aku juga kawal duit aku daripada mengalir keluar terus. Tetapi, sifat boros dalam diri aku tak pernah hilang pun sebab aku still membazir dalam tak sedar walaupun aku dah control diri aku. setakat nni jela apa yang aku nak kongsi dekat korang.
thanks guys ,
Sekian.

SESAL

Assalamualaikum w.b.t and hai semua,

Hari ni aku nak ceritakan kat korang pasal sesal. Sesal atau lebih dikenali sebagai menyesal. Korang tahu tak apa maksud sesal tu ? Majoriti tahu kan and pernah alami sebuah penyesalan kan. Kalau dalam pribahasa korang mesti pernah dengar 'sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna' dimana maksud dia ialah fikir masak-masak dahulu sebelum melakukan sesuatu perkara.

Okay, disini aku nak cerita la sedikit penyesalan yang dialami dalam hidup aku. Perkara ini berlaku ketika aku berumur 17 tahun dimana aku nak menduduki peperiksaan SPM tahun 2013. Dengan result aku yang tak seberapa, aku sangat menyesal dengan apa yang aku buat sebelum menduduki exam tersebut. Nak tahu sebab apa ? Sebab sebelum aku menduduki exam tersebut aku tak fokus dalam belajar, aku selalu tangguh buat homework yang cikgu bagi, aku selalu ponteng kelas, dan banyak lagi la. Then, sebulan nak exam tu baru aku sedar yang aku kena struggle untuk cover semua matapelajaran yang aku ambik. Aku ambik 11 matapelajaran then dalam masa sebulan aku kena cover semua tu, and aku mengaku semua tu tak sempat bagi aku.

Aku bingung and tak tahu nak buat macam mana lagi, then aku ambik keputusan untuk tinggal diasrama, sebab kawan-kawan aku majoriti tinggal kat asrama dan mungkin kitorang boleh buat group discussion. Dua minggu nak exam, banyak lagi yang aku tak faham then aku ambik keputusan untuk belajar dengan cikgu secara personal dan Alhamdulillah dalam masa dua miggu tu aku dapat catch up apa yang cikgu ajar. And dengan result aku yang tak seberapa tu, aku bersyukur la jugak sebab kalau aku tak struggle dalam masa sebulan tu memang aku akan fail dalam exam.

Kesimpulannya, aku menyesal sebab suka buat kerja last minit then suka habiskan masa dengan perkara-perkara yang tak berfaedah. Setakat ni je kot apa yang aku nak cerita pada korang.
thanks sebab sudi baca blog aku.
Sekian,

Monday, October 19, 2015

Roomate

Assalamualaikum w.b.t and hai semua,

Hari ni aku nak cerita kepada korang semua pasal roomate.
Roomate ni rakan sebilik kita la kan yang selalu rapat dengan kita, hari-hari kita mesti jumpa dia kan. Korang ada berapa orang roomate sekarang ? Bagi yang tinggal di asrama, apartment or rumah sewa kecuali rumah sendiri la. Korang mesti ramai kan ?

Ok, aku sekarang tinggal di asrama dan roomate aku ada seorang je, so, kitorang satu bilik 2 orang jela. Time kat matrik dulu 4 orang termasuk aku. Tapi aku rasa tiggal dua orang lebih baik la daripada 4 orang sebab mungkin lagi ramai lagi serabut sebab bising ke apa. Then, aku ni pulak suka borak, kalau lagi ramai dekat aku, lagi bahagia la aku, lupa semua kerja. Sekarang, ditakdirkan aku dapat roomate seorang je. First tu rasa happy la sebab tak bising and kitorang pun satu negeri so, kitorang bercakap pun tak rasa janggal la. Tapi sekarang nak cakap bosan tu tak la tapi ada la sikit sebab roomate aku seorang yang pendiam and perangai dia pun tak macam perangai aku, so kitorang memang tak sekepala la. Dalam satu hari tu boleh kira berapa kali je kitorang bercakap.

Aku bersyukur dapat roomate macam tu sebab mungkin lama-lama aku pun boleh terikut dengan perangai dia tapi tak nak la jadi pendiam sangat. Just jadi anti-sosial sikit-sikit. Tapi kan aku rindu la jugak suasana meriah dekat bilik even dua orang je. Tapi aku kena hormat la dia sebab dia pun hormat aku and tak pernah pun marah apa yang aku buat walaupun salah. Haa lagi-lagi dia dalam bidang pengajian islam, lagi la aku hormat. Roomate aku okay la sebab kitorang tak pernah gaduh setakat ni sebab kitorang buat hal masing-masing dan kalau dia ada ternampak aku buat salah, dia tegur aku dengan cara baik.

Kesimpulannya, aku bersyukur la dapat roomate macam tu. Korang macam mana? huhu..
Anggap la roomate kita tu macam keluarga kita.
Thanks guys, see you soon.
bye

Sunday, October 18, 2015

BEBAN

Assalamualaikum w.b.t and hai uolss,

Tajuk aku hari ni ialah Beban. Korang tahu kan beban tu apa? kalau dalam bahasa inggeris orang panggil Load. Beban ni tanggungjawab yang dipikul oleh seseorang dalam hidup mereka.

okayy, aku seorang anak dan pelajar. so, aku nak cerita pasal beban yang aku galas sepanjang hidup aku.

Sebagai seorang anak, of course la beban yang aku pikul tak lah berat sangat berbanding mereka. Aku just buat apa yang mereka suruh dan tak buat ape yang mereka larang. Contoh yang mereka suruh aku buat ialah belajar bersungguh-sungguh sampai berjaya dan dapat pekerjaan yang dapat tanggung masa depan aku. So, itu tanggungjawab atau beban yang aku kena galas demi memenuhi harapan mereka. And one more, perkara yang wajib kita semua buat iaitu hormat dan jangan pernah derhaka dengan mereka.

Sebagai student pulak, antara aku dengan pensyarah-pensyarah yang mengajar aku sepanjang aku menjadi student la. First, diorang sama je dengan parents kita. So, kita juga mestilah hormat diorang dan ikut je arahan mereka selagi tidak bertentangan dengan apa yang kita haram buat. Contohnya, kalau mereka bagi assignment , so, kita kena siapkan ataupun bagi tugasan seperti projek ke apa kita mestilah siapkan sebab tu tanggungjawab kita sebagai pelajar dan untuk masa depan kita.

Kesimpulannya, beban yang kita galas tak la berat sangat berbanding orang yang ada tanggungjawab lagi besar daripada kita.

Ok la guys, mungkin sampai situ je kot yang aku nak tulis pasal beban ni.
thanks for spent time baca blog aku.
bye.

Sunday, October 11, 2015

10.10

Assalamualaikum w.b.t and hai guys,,

First at all, tajuk hari ini ialah 10.10. Haa mesti korang nak tahu kan apa maksud disebalik tajuk ni.
Ok ni aku nak cerita. 10.10 ialah tarikh lahir kawan baik aku time sekolah rendah dulu.
Tarikh lahir dia 10.10.1996. Nama dia Nur Zalikha dan berasal dari Kelantan juga. Dia kawan baik aku daripada darjah 2 sampai darjah 6. Kami tak pernah berpisah even berpisah kelas sampaikan ada orang cakap kitorang kembar dimana ada aku, disitulah ad kawan baik aku tu. 

Kawan baik aku ni seorang yang pediam pada mulanya, tapi setelah berkawan dengan aku, dia dah bertukar perangai, hahaha, perangai dia pun jadi gila-gila macam aku tak ada dah yang pendiam tu. Pasal birthday dia tu aku tahu ketika kami darjah 3. First, dia susah nak bagi tahu tarikh lahir dia,so aku siasat la sendiri, entah la kenapa nak berahsia sangat dengan aku. Masa aku tanya tu pada tarikh 7.10. Patut la dia tak nak bagi tahu,sebab tarikh lahir dia dah nak dekat rupanya. So,aku tahu pun daripada abang dia yang tua dari kami 2 tahun. Dah susah sangat nak cakap tarikh lahir dia bila kan, aku plan la dengan kawan aku sorang lagi nak kenakan dia pada tarikh hari lahir dia tu.

Pada 10.10.2005, hari itu cuti sekolah, kitorang bercadang nak lepak dekat sekolah bersama dengan kawan baik saya tu and dia setuju nak lepak dengan kitorang. Dah selesai lepak and main-main aku dengan kawan aku sorang lagi tu baling tepung satu plastik and telur ayam dua biji dekat dia, terkejut tahap apa dah dia,,haha tak boleh lupa la reaksi muka dia time tu.. Dia pun apalagi marah la kat kitorang and kejar-kejar kitorang sampai merajuk takut mak dia marah balik dengan pakaian kotor macam tu. Tapi semua tu kisah lama la kitorang semua pun masing-masing dah buat haluan sendiri and last jumpa pun tahun 2010. Sekarang just contact jela.

Begitulah sedikit sebanyak kenangan yang dicipta oleh kitorang pada 10.10.2005. And sugguh aku tak tipu ,aku rindu pada tarikh ini sebab dia kawan baik aku yang paling the best la sebab faham jiwa aku and sanggup berada dengan aku dalam apa jua keadaan. Aku rindu dia..10.10 sangat bermakna bagi aku.

Ok la guys,itu je kot yang aku nak ceritakan kat korang pasal tajuk tu. 
thanks sebab sudi spent time korang dengan membaca blog aku ni.

bye guys.

Saturday, October 10, 2015

Jerebu

Assalamualaikum w.b.t and hai guys,

Hari ni aku nak ceritakan pasal isu sekarang iaitu jerebu. Aku just nak share sikit jela pasal jerebu ni sebab ni first time aku alami masalah jerebu yang agak teruk sepanjang hidup aku. Yela kan aku kan tinggal kat kelantan and kelantan pun jarang ada masalah jerebu ni, kalau da pun sikit-sikit je and ipu pun tak teruk dan tak menjejaskan kesihatan kitorang.


haa ni nak share gambar cikit masalah jerebu ni.





                                                        Gambar tu aku ambik kat internet,


Sepanjang aku duk kat bangi ni memang aku boleh rasa la duduk dalam keadaan yang agak membimbangkan. Pada minggu ketiga kalau tak silap aku, jerebu ni dah bertambah teruk and minggu keempat dan kelima ipu kat sini dah mencecah 250+. Bukan kat bangi n daerah wilayah persekutuan je, kat semua negeri pun terlibat kecuali kelantan. Kelantan pun terlibat jugak tapi tak seteruk negeri lain yang boleh memudaratkan kesihatan masyarakat.


Oleh disebabkan ipu  yang mencecah 250+, semua sekolah di negeri yang terlibat kecuali kelantan diarahkan tutup buat sementara demi menjaga keselamatan pelajar. Ada jugak institut yang diarahkan cuti seperti UITM Shah Alam dan USM. UKM tak diarahkan sebab syaratnya mestilah ipu mencecah ke 300.


Alhamdulillah sekarang masalah jerebu ni dah berkurangan sebab hujan pun dah mulai membasahi daerah kami walaupun bukan hari-hari. Tapi still ada lagi jerebu tu walaupun tak banyak.


ok la sampai situ je kot yang aku nak share kat korang, lain hari aku share pasal lain pulak eh,

Thanks korang sebab sudi membaca.




Monday, October 5, 2015

MENTOR

Assalamualaikum w.b.t and hai uolls,
first, hari ni aku nak tulis pasal mentor, apa itu mentor ? Bagi aku mentor ialah seorang yang dilantik untuk memimpin kita ke arah kebaikan. Contohnya, kalau student kan tak kira la dari sekolah rendah ke sekolah menengah ke even student ipta atau ipts mesti mempunyai mentor masing-masing. 
Macam aku, dekat UKM ni aku jugak dibahagikan mentor masing-masing.
Mentor aku bernama Profesor Madya Dr.Ros Zam Zam dari Pengurusan Kewangan.
Mentor ni bagi aku sangat penting kalau kita berjauhan dengan family sebab kalau ada apa-apa masalah kita boleh luahkan kepada mereka. Macam aku kan , time sekolah menengah aku suka jumpa mentor aku sebab aku selalu ada masalah dalam pelajaran dan aku selalu mintak nasihat daripada beliau, nasib baik mentor aku tu seorang yang sporting and boleh terima semua aduan aku.
Mentor jugak sama macam kaunselor la cuma jawatan mereka je berbeza. Bagi aku, kalau nak luahkan masalah ni better luahkan kepada mentor sebab mereka semua sangat berpengalaman daripada kita semua berbanding luahkan kepada kawan masing-masing.
Kesimpulannya, aku rasa program mentor mentee ni wajib diamalkan di sekolah atau institusi demi kebajikan pelajar.
Ok la guys,tu je kot yang aku tahu pasal mentor ni, nanti lain kali aku cerita lagi ok,
Aku harap korang sudi la baca blog aku ni. 
Thanks guys.
Assalamualaikum.

assignment !

Assalamualaikum guys and hai,

Kita jumpa lagi eh, thanks kepada korang yang rasa nak baca blog aku ni even macam kelaut je,
Aku nak berjinak-jinak la dulu dengan blog ni mana la tahu esok-esok boleh jadi blogger terkenal di Malaysia ni kan, haha angan-angan tak sudah! 

Hari ni aku nak cerita la kat korang pasal hidup aku di UKM selama sebulan ni.

First kan, mula-mula aku datang sini aku dikejutkan dengan cara belajar yang berbeza tau daripada dekat matrikulasi dahulu. Mula-mula pasal jadual waktu pembelajaran, aku terkejut la jugak sebab semua kita kena buat sendiri kan, tapi kat matrikulasi hari tu semua pasal jadual waktu ni diorang yang aturkan, so kat sini aku boleh belajar la nak aturkan jadual sendiri even pening-pening nak fikirkan tentang subjek Citra and tambah pulak dengan sistem kat sini buat hal. Tapi semua tu memerlukan masa dalam dua miggu kot nak selesai pasal jadual tu.

 Ok dah selesai pasal jadual waktu ,sekarang aku nak cerita pasal assingment kat sini pulak. Baru je start kelas dah ada assignment, lepas tu assignment tu pulak kena upload dalam ifolio lagi, facebook, email dan macam-macam lagi la. Mula-mula tu aku tak faham la sangat pasal nak upload semua ni tapi bila dah try sekali baru faham.  Assignment kat sini bukan sikit tau,sekali lecturer bagi tu berlambak kerja aku,haha , tambah-tambah aku ni jenis yang suka tangguh buat kerja suka buat kerja last minit,,hai bila la nak berubah aku ni.. Contoh assignment yang banyak kena buat ialah makroekonomi, tapi tu pun nasib baik buat dalam group kalau tak, tak tahu la aku, ni baru je lagi nanti lama-lama lagi banyak. Dengan kerja siapkan poster lagi,,haishh aku harap aku dapat settle kan semua ni dengan lancar la..huhu..

Ok la guys tu je kot aku boleh cerita kat korang, aku nak siapkan assignment dulu la..Nanti rajin-rajin aku tulis lagi eh.. 
Thanks korang sebab sudi baca blog aku yang tak seberapa ni.
Bye-bye.

Monday, September 28, 2015

OBSES

     Assalamualaikum dan hai uolls,,
First at all,hari ni aku nk tulis blog pasal obses. Korang tahu tak maksud obses tu ape? 
Mesti korang semua tahu kan? semua orang akan alami kot perasaan obses tu dalam diri sendiri.

     Tak ape lah walaupun korang dah tahu maksud obses tu apa,aku tetap nak bagi pendapat aku tentang obses tu jugak,tapi mungkin tak sama la dengan korang punya pendapat.Ok,bagi aku obses tu ialah satu minat yang terlampau pada sesuatu , tak kira la orang ke, makanan ke,gadget ke atau ape2 jela. Tu pendapat aku je la.

     Aku nak bagi contoh sikit la pasal obses ni.
Macam aku, aku terlalu obses dekat kucing ,tambah-tambah kucing tu comel,memang aku bawak balik simpan kat rumah la kalau yang bukan milik orang kalau boleh bawak datang kolej ni pun aku bawak dah,sebab kat rumah memang hari-hari main dengan kucing sampai tidur pun aku tidur dengan kucing.



heeee comel je...


     Nak cerita la sikit pasal kucing ni.Aku pernah je terjumpa kucing kat tepi jalan, kucing tu kotor sangat tapi disebabkan dia kecil and muka dia pun comel aku bawa balik rumah. Aku jaga dia sampai dia besar n dah beranak.Tapi kucing tu sekarang dah meninggal sebab dilanggar kereta cuma tinggal anak-anak dia je 2 ekor nama Tomy n Tony. Aku memang obses la kat kucing. Tiap kali aku jumpa kucing aku mesti pegang kucing tu tapi yang tak garang la sebab aku takut jugak kat kucing yang besar n garang tu sebab trauma kot kena gigit sakit pulak tu.

     Aku pernah juga berharap satu hari nanti aku jumpa pasangan yang suka kucing or haiwan,,huhu biar serasi orang cakap,then hantaran pun aku nak dia bagi kucing kat aku,,hahaha. Mengarut je kan aku ni tapi dah memang aku nak macam tu nak buat macam mana aku cakap je la. Kucing ni bagi aku memang haiwan yang paling comel la kat dunia ni, korang bagi la aku arnab ke hamster ke or yang comel2 lg daripada kucing tu aku tetap pilih kucing jugak. Nak cakap jugak la, jangan la sesekali dera kucing eh sebab kucing kan haiwan kesayangan Nabi Muhammad SAW. Tapi bukan kucing je,semua haiwan di dunia ni pun jangan sesekali mendera sebab mereka semua pun makhluk ALLAH jugak.

     Sampai sini jela kot,aku pun dah tak ada idea ni.Akhir sekali, harap korang sudi la ye baca blog yang aku post ni walaupun tak seberapa maklum la tak pernah ada blog kan.Ok la guys,ada masa nanti aku post pulak cerita or ape2 kat blog ni eh,

Thanks korang! Assalamualaikum n bye!

Sunday, September 27, 2015

jom kita mula !

Assalamualaikum n hai uolls,,
Segan la wei nk tulis blog first time kot, selalu nye aku selalu post kat wechat n facebook je then bukannye ramai sangat yang baca tapi sekarang blog kot public pulak tu..hahaha,
Ok first nama aku Siti Nur Khairunnisa Bt Mohd Hazani, kadang-kadang tu geram la jugak dengan nama aku sebab panjang sangat kot tambah-tambah masa nak tulis nama kat senarai nama,kalau senarai nama tu ruang dia kecil memang tak muat la nama aku, tapi aku bersyukur la sebab ayah dengan umi aku bagi nama yang maksud nye elok-elok je, umur aku 19tahun sekarang dan belajar kat UKM bangi. Aku berasal dari Kelantan dan nama kampung aku Pasir Mas. Akhir sekali panggil aku Nisa je ok,, tak payah nak berSiti sangat, ok la korang, aku pun baru nak berjinak-jinak je dengan blog ni nanti dah terbiasa aku post lagi pasal aku ye, harap korang sudi la baca blog aku.
Thanks uollss!